Tuesday, August 25, 2009

~Building Cars,People First~

Tajuk blog nie diambil sempena motto my co.


Akhirnyer.......

Sedar tak sedar aku dah setahun rupanya bekerja.Kejap btol masa berlalu.Rasa mcm baru semalam jer terhegeh2 datang utk mintak di interbiew.anyway tQ to Pn.Shidah a.k.a Mama (panggilan manja budak2 office) kerana telah mencungkil bakat aku dan seterus nya membawa aku ke dunia alam kerja yang berkaitan automotive. Dalam dunia bekerja, setahun tu still dikira u r still too young or bak kata pepatah baru setahun jagung.tapi kenaper mesti jagung??naper tak mempelam,betik atau tembikai.anyone can solve this probs??



So since ramai yang tau aku keje di mana nie....biasa la antara soalan2 yang kerap di ajukan ialah:



i) ekau dah kojo co. keto,bilo laie nak pakai keto nyo??

ii) nak keta free 1 bleh??

iii) ekau kojo kat bahagian mano??



Jadi oleh kerana pertanyaan ini kerap kali di ulangkali...maka di sini aku telah mengulangkaji jawapan nyer.so mari kita melihat bersama2 jawapan aku samaada memenuhi standard atau piawaian jawapan yang korang mahu kan.



Jawapan soalan i.

so sll nyer jawapan standard artis akan aku berikan iaitu duit takder.pastu ada plak yang tak puas hati lagi..."oiii gaji banyak takkan xmampu kot?"..so utk menjawab nyer..."if gaji banyak,dah lama org nak keje kilang ajer..tak payah keje gomen ker,wat bisnes ker".walaupun jawapan tu bunyik nyer cam keras ckit...but biar la janji jawapan aku ihklas...hahahaa.anyway, for me if korang nak beli keta nie biar lah berdasarkan kemampuan not kemahuan.klu tak mampu pakai keta,wat cara tak mampu pakai.So far rasanya aku nie belum mampu dan juga belum mahu nak pakai keta.lebih selesa dgn bini 1st aku a.k.a motor aku tu.rugi r klu dah beli tp xda guna btol tak.

Jawapan soalan ii.

Huh...aku tak tau nie soalan perlu di jawab or tidak.Straight to the point the jawapan is banyak cantekkk nak free.agak2 la...masuk tandas pun kene bayar 20sen laa...

Jawapan no iii.

Haa...soalan ini agak memberansangkan.So kat tempat aku keje nie aku di attachkan ke dept operation management system.my seksyen cost control plant.so basically keje aku nie mmg boleh di katakan 90% menyimpang dari kelulusan aku as well as what should i work or be one day.tp xper la at least ada la sentuh ckit apa yg aku blaja dl ada la application ngn work aku skrg nie.So basically current job aku membuat kan aku akan tahu brp actual cost yg incurred dlm setiap production dlm kilang.FYI, antara cost2 yang dalam kilang tu ialah direct labour,indirect labour, direct material,consumables,tools,spareparts,energy etc.so those yg budak accounting dl maybe penah blajar la term2 nie waktu blaja MAF a.k.a Manufacturing Accounting.Luckily what very interesting nyer aku dapat belajar banyak sekali benda2 baru for example camner kereta tu dibuat dari A-Z.so ini membuatkan aku lebih memapprociatekan lagi sesebuah kereta.maklum r selama nie juz tau tekan minyak ajer.so rasa nya tak perlu r aku citer panjang lebar sgt tentang keje aku.kang kot org2 HR terbaca blog aku nie kang...mati plak aku..kang mau di cas nyer kata aku bukak maklumat sulit kang.


So begitu la panjang lebar blog aku mlm nie.harap aku bleh berkhidmat dengan lebih lama as long as khidmat aku diperlukan,menambah lagi ilmu2 tentang production automotive...banyak lagi rahsia2 ilmu blum aku selami lagi.so berjumpa nie next blog aaa....

Adiosaa....

2 comments:

  1. wahh..buleh la ak beli keta murh dr kau ni incik ammar...hahaha..business card mane??

    ReplyDelete
  2. boleh2....nnt biler2 jumpa aku bagi sama ko aaa itu buss card...

    ReplyDelete